Selasa, September 08, 2009

mengira secara mengundur..

hari ini hari ke 18 ramadhan,
malam ini malam ke 19 ramadhan,
malam ini mungkin malam 1000 bulan!
beribadahlah kepada-nya...

*berusaha*

Selasa, September 01, 2009

hajar aswad

hajar aswad bermakna batu hitam.hajar aswad ini terletak di sudut selatan kaabah pada ketinggian 1.1 meter dari lantai masjidil haram berukuran panjang 25 cm dan lebar 17 cm.

hajar aswad diyakini sebagai batu dari syurga. maka, tidak hairanlah jika jemaah haji dari seluruh dunia merinduinya, bahkan saling berebut ingin menciumnya.

ingatlah kata-kata khalifah umar bin al-khattab apabila beliau mencium hajar aswad ini : "aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa, tidak membawa manfaat ataupun mudarat. andaikan aku tidak melihat rasulullah s.a.w menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium hajar aswad)."

Selasa, Ogos 25, 2009

keadilan hakim

tersebutlah kisah, ada dua ekor monyet yang merebut sebiji pisang..

bergaduh, berkelahilah mereka berdua setelah segala usaha penyelesaian

secara damai tidak tercapai..

akhirnya, untuk mencapai keputusan yang adil, mereka mambawa isu

perebutan pisang sebiji ini kepada seorang hakim..

setelah menkaji isu dengan teliti, si hakim ini pun membuat keputusan

untuk membelah pisang ini kepada dua bahagian, dimana; setiap seekor

monyet mendapat satu bahagian.

keputusan dipersetujui oleh kedua-dua ekor monyet. si hakim pun

menggigit pisang tersebut dibahagian tengah, lalu diberikan satu

bahagian kepada setiap monyet.

untuk memastikan kembali keputusan hakim tersebut, monyet-monyet tadi

pun mengukur pisang masing-masing. didapati salah satu pisang tersebut

lebih panjang dari yang lain.

lalu pergilah monyet-monyet itu tadi mengadap tuan hakim sekali lagi.

si hakim pun menggigit pisang yang lebih panjang.

diukur kembali, didapati tidak juga sama panjang pisang itu.

akhirnya... pisang pun dihabiskan oleh hakim yang adil..